[VIDEO] PRK Slim | Apa yang kami buat semua tidak betul, kata Marzuki


Mastura Malak Hasmizar Hassan Sumardi Susilo

BEKAS Pengerusi Bersatu Pulau Pinang, Marzuki Yahya berkata, Ahmad Maslan tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan latar belakang calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, yang mewakili kem Mahathir.

Jelas Marzuki lagi, isu tersebut bukanlah perkara penting yang perlu dibahaskan sebaliknya perkara paling penting ialah bagi memastikan masyarakat di Dun Slim terus terbela selepas kematian penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lepas.

Semalam,  Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan berkata tidak pernah lagi dalam sejarah calon bebas menang dalam pilihan raya kecil. Namun, beliau berkata Barisan Nasional tidak mengambil mudah cabaran yang diberi parti Pejuang yang ditubuhkan oleh Mahathir. – 16 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen