[VIDEO] Jumlah kes Covid-19 setakat 15 Ogos 2020 | 26 kes baharu


Mastura Malak Sumardi Susilo

KEMENTERIAN kesihatan Malaysia memaklumkan terdapat 3 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif pulih adalah sebanyak 8831 kes.

Sehingga pukul 12:00 tengah hari, terdapat peningkatan kes baharu iaitu 26 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,175 kes.

Dimaklumkan juga, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes. – 15 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen