[VIDEO] Sudah minta maaf dan bayar denda, Hishammuddin
MENTERI Luar Hishammuddin Hussein memohon maaf dan telah membayar kompaun atas menghisap vape di Dewan rakyat.
Jelas Ahli Parlimen Sembrong itu, beliau mengakui kesilapanya dan menggesa agar isu tersebut tidak dipolitikkan.
Beliau berkata demikian selepas Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi membangkitkan isu berkenaan ketika ketika perbahasan titah diraja.
Minggu lalu, Hishammuddin dilihat menghisap vape ketika duduk di belakang Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong yang sedang bercakap di Dewan Rakyat. – 10 Ogos, 2020.
Komen