[VIDEO] Umno tidak sertai Perikatan, umum Zahid Hamidi
SATU lagi kejutan mewarnai landskap politik negara apabila Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu sudah membuat keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional.
Terbaharu, Umno memilih untuk memperkasakan gagasan Muafakat Nasional bersama Pas dan kepimpinan dalam komponen Barisan Nasional
Zahid berkata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin semalam memaklumkan hasrat partinya mahu menyertai MN.
Hasrat itu disampai dalam pertemuan perdana menteri bersama ahli Parlimen BN di bangunan Parlimen tengah hari semalam.
Zahid berkata keputusan tidak menyertai PN dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuarat pada 24 Julai.– 30 Julai, 2020.
Komen