[VIDEO] Jumlah kes Covid-19 setakat 29 Julai, 2020 | 13 kes baharu
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 5 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini.
Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,612 kes.
Sehingga 29 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 13 kes baharu.
Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,956 kes.
Dimaklumkan juga bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 124 kes.– 29 Julai, 2020.
Komen