[VIDEO] Najib bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa


Nabihah Hamid Raevathi Supramaniam Sumardi Susilo

BEKAS Perdana Najib Razak didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan menyalah guna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.‬

‪Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mahkamah mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.

Ahli Parlimen Pekan berusia 67 tahun itu berdepan hukuman 20 tahun penjara dan denda sehingga RM5 juta sekiranya disabitkan dengan kesalahan.


Sekiranya Najib disabitkan dengan kesalahan, hukuman dijangka akan dijatuhkan pada tarikh seterusnya dan pembelaan dijangka akan memfailkan rayuan.

Ini merupakan kes pertama seumpamanya melibatkan seorang bekas perdana menteri. – 28 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen