[VIDEO] Yakin Najib tak salah, penyokong OKU mengamuk di luar mahkamah


Nabihah Hamid Sumardi Susilo

SEORANG warga emas berkerusi roda mengamuk diluar Mahkamah Tinggi KL selepas tidak berpuas hati dengan keputusan membabitkan Najib Razak dimahkamah hari ini.

Puteri Maslia, 61 tahun berasal dari Datuk Keramat, sudah menunggu di mahkamah sejak pagi tadi bersama ratusan penyokong lain di mahkamah.

Najib Razak didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan menyalah guna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.‬

‪Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mahkamah mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.

Ahli Parlimen Pekan berusia 67 tahun itu berdepan hukuman 20 tahun penjara dan denda sehingga RM5 juta sekiranya disabitkan dengan kesalahan.– 28 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen