[VIDEO] Tiada penjarakan sosial, polis beri amaran penyokong Najib


Nabihah Hamid Sumardi Susilo

ANGGOTA polis yang melakukan rondaan di luar Perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi amaran kepada para penyokong Najib Razak yang berhimpun agar menjaga jarak sosial 1meter.

Ratusan penyokong bekas perdana menteri yang dilihat berhimpun duduk berdekatan itu bagaimanapun memakai pelitup muka namun, sebahagiannya tidak mengenakannya dengan sempurna.

Mereka berteriak berulang kali jeritan Bossku sejurus Najib tiba.

Penyokong bekas Pengerusi BN dan Presiden Umno itu juga menyanyikan lagu Allah Selamatkan Datuk Najib sambil berhimpit-himpit seolah-olah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sudah berakhir.

Pelbagai penyokong seluruh negara hadir di luar mahkamah bagi menyatakan solidariti terhadap bekas perdana menteri yang dihadapkan ke mahkamah berkaitan kes penggubahan haram 42 juta ringgit dana SRC international. . – 28 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen