[VIDEO] Pakatan Selangor kukuh tanpa Azmin


Jeremy Seng Nabihah Hamid Mastura Malak Hasmizar Hassan

MESKIPUN tidak menafikan bekas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali punyai pengaruh di Selangor, namun Kerajaan negeri itu masih kukuh, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Selain sokongan Adun hampir 40 kerusi, PKR negeri juga terus kukuh kerana tiada satu pun daripada 22 cabang di negeri itu terbubar.

Azmin yang telah dipecat parti sebelum ini dikatakan mempunyai sokongan kuat di Selangor. Beliau dan tiga lagi Adun tidak bersama PKR. Bekas Menteri Besar Selangor itu kini bersama kerajaan Perikatan Nasional. – 26 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen