[VIDEO] ‘Parah’ kembali dalam teater online


Mastura Malak Jeremy Seng Fikri Ghazali

KALI terakhir dipentaskan pada 2013 teater parah kini dipentaskan semula dengan cara berbeza.

Pengarah Teater, Jo Kukathas berkata pementasan dibuat semula berikutan kemelut perkauman dalam negara yang masih belum berakhir.

Beliau memberi contoh kekecohan yang berlaku di sidang parlimen selepas seorang ahli parlimen Batu Kawan Kasthruriraani Patto dilabel gelap dan diminta memakai bedak.

Parah mengisahkan bagaimana politik perkauman boleh meranapkan sebuah persahabatan empat sekawan yang teguh di antara bangsa Melayu, Cina dan India.

Diadaptasi dari naskah karya penulis Singapura Alfian Sa’at pada 2011, ia merupakan hasil program residensi Firrstworks oleh Instant Café Theatre.

Bagi penerbit Tan Cher Kian, ini merupakan kali pertama pihaknya menjalankan pementasan secara atas talian ekoran situasi berdepan virus Covid-19.

Pementasan teater online ini akan ditayangkan secara langsung selama 2 hingga 5 jam.

Antara barisan pelakon ialah Iedil Dzuhrie Alaudin, regory Sze, Farah Rani dan Branavan Aruljoth.

Ia ditayangkan pada 25 Julai jam 8 malam dan Ahad 26 Julai jam 3 petang. – 23 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen