[VIDEO] 40 jemaah tabligh terkandas di India pulang hari ini


Ravin Palanisamy Sumardi Susilo

MENTERI Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata, 40 warganegara Malaysia yang menghadiri perhimpunan tabligh di India akan pulang hari ini.

40 jemaah tabligh itu terkandas di India sejak Mac akan pulang melalui penerbangan komersial Air India Express.

Kesemua adalah mereka yang gagal menaiki penerbangan pada 17 Julai.

Jelas Ismail lagi, atas faktor risiko,kesemua mereka akan di kuarantin selama dua minggu di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) di Bangi, Selangor.


Pusat itu akan diawasi oleh pegawai perubatan KKM dan pihak polis.

Terdahulu seramai 389 warganegara sudah kembali ke Malaysia semalam tetapi tidak ada yang diuji positif Covid-19.

Kesemua mereka diarahkan untuk dikuarantin di rumah.– 22 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen