[VIDEO] Tukang songkok buatan tangan di Pulau Pinang tidak putus asa dalam PKP


Zaim Ibrahim Sumardi Susilo

WALAUPUN usianya masuk 72 tahun, Haja Mohideen Mohd Shariff masih belum lelah mengayuh mesin jahit jenama Singer yang seusia dengannya.

Haja Mohideen yang mula mewarisi perniagaan songkok daripada ayahnya sejak tahun 1975 itu berkata biasanya mendapat tempahan sehingga 600 buah songkok untuk musim raya.

Bagaimanapun kali ini beliau hanya beliau hanya mendapat 200 tempahan sahaja seperti pada bulan-bulan lain disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – 23 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen