Menaiki perkhidmatan feri tertua di Malaysia


Hasmizar Hassan Ravin Palanisamy David ST Loh

FERI Pulau Pinang yang membawa penumpang berulang alik dari Tanah Besar Butterworth ke pulau itu sejak lebih 120 tahun. Bermula pada 1894 oleh Quah Beng Kee dan saudara-saudaranya, ia merupakan perkhidmatan feri tertua di Malaysia.

Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang mengambil alih perkhidmatan itu pada tahun 1924. Ketika itu, ia merupakan satu-satunya pengangkutan yang menghubungkan tanah besar dan pulau sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka pada tahun 1985. Sejak itu, perkhidmatan feri dilaporkan mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM700 bagi setiap perjalanan sejak itu.

Kini, terdapat enam feri yang membawa penumpang dan kenderaan menyeberangi Selat Pulau Pinang setiap hari. Ia beroperasi setiap 20 hingga 30 minit dan mengambil masa kira-kira 15 minit bagi perjalanan sejauh 3km.

Tambang yang dikenakan pula antara 60 sen hingga RM7.70. Penumpang hanya perlu membayar sekali di Pulau Pinang atau Butterworth. Tiada caj bagi perjalanan pulang.

Prasarana Malaysia dijangka mengambil alihnya daripada Penang Port Sdn Bhd menjelang akhir tahun 2017 dengan menjenamakannya semula sebagai rapidFerry. Pengambilalihan itu turut menjejaskan perkhidmatan itu, seperti yang dikatakan beberapa penumpang kepada The Malaysian Insight. – November 1, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen