[VIDEO] Himpunan Ummah mendapat sokongan padu penyokong Umno-PAS


Mastura Malak Ravin Palanisamy Hasmizar Hassan

HIMPUNAN Ummah yang diadakan di PWTC bermula hari ini dan esok mendapat sokongan pengikut Ummo dan PAS.

Rata-rata ditemui menyambut baik himpunan tersebut yang merupakan kali pertama anjuran Umno Pas.

Ia sekali gus menamatkan permusuhan politik antara kedua-dua parti berteraskan Melayu itu yang telah berlarutan puluhan tahun lamanya.

Melalui kerjasama dengan PAS, BN berjaya memenangi beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PRU-14 termasuk di PRK Parlimen Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

Kerjasama dengan PAS turut menghubungkan parti Islam itu dengan komponen BN iaitu, MCA dan MIC. – 13 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen