[VIDEO] Ini ialah: Patung Kertas Dota 2
MESKIPUN tidak begitu popular di Malaysia, seni “papercraft” mempunyai peminatnya tersendiri. Mohd Idzham Azizan, 24, gemar menghasilkan puluhan patung kertas Dota 2.
Anak jati itu mula menanam minat menghasilkan patung tersebut sejak berumur 16 tahun. Gubahan setiap karakter patung tersebut mengambil masa kira-kira sebulan.
Beliau bercita-cita untuk menubuhkan satu syarikat yang memartabatkan hasil seni papercraft untuk mempromosikan kepada masyarakat mengenai seni tersebut. - September 7, 2019.
Komen