[VIDEO] Inspirasiku: NGO bantu pelarian Rohingya yang terpinggir pendidikan


Nabihah Hamid Fikri Ghazali Hasmizar Hassan

HAMPIR tiga dekad menjadi wartawan, Abdullah Abdul Hamid giat melakukan aktiviti kemanusiaan di negara bergolak terutamanya di Rakhine, Myammar dan dua kem pelarian di Bangladesh sejak 2012.

Pengerusi Persatuan Simpati Masyarakat atau Sympathy antara penyumbang utama kem pelarian Balukhali dan Kutuphalong yang menempatkan ratusan ribu pelarian etnik Rohingya.

Bantuan diberikan berbentuk makanan, rawatan kesihatan mahupun pendidikan. Dua buah sekolah dibina yang memberi pendidikan 30 kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun. - 11 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen