Komuniti Keramat berubah dari dadah kepada berkebun


Hasnoor Hussain Yap Pik Kuan

FLAT Columbia di AU2 Taman Keramat terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur, di tepi bangunan-bangunan pencakar langit yang mewah.

Letaknya tidak jauh, hanya 2 km dari sekolah tahfiz yang terbakar di Kampung Datuk Keramat yang meragut nyawa 21 murid dan 2 guru baru-baru ini. Tujuh budak lelaki yang disiasat kerana membakar dengan sengaja dan membunuh.

Flat ini didiami pesara, penganggur, pekerja rencam dan jurujual.

Dulu ia juga terkenal kerana menjadi pusat bekalan dadah, bermula dari heroin, kemudian crystal methamphetamine atau syabu.

Di tebing Sungai Klang pula, pernah ada penempatan pendatang tanpa izin Indonesia, tempat dangdut, sarang judi dan pelacuran. Pihak berkuasa kemudian datang menyerbu dan menghalau mereka, lalu ia menjadi kawasan yang dipenuhi semak-samun.

Sekarang, sebuah kebun hidup subur dan sihat di situ. Ia dimulakan pada 2015 dia atas tanah seluas tiga perempat ekar milik JPS.

Dengan bantuan daripada Maybank dan Majlis Ampang Jaya (MPAJ), kebun itu kini semakin subur. – 27 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen