[VIDEO] Rezeki tertangguh penduduk Kuala Krai; air bersih


Seth Akmal Fikri Ghazali

KELANTAN adalah salah sebuah daripada tiga negeri- selain Sabah dan Sarawak- yang mana akses kepada air bersih sudah mencapai tahap kritikal.

Berdekad lamanya, telaga cetek dicemari bangkai haiwan dan sampah sarap menjadi sumber air utama penduduk Kuala Krai.

Kerajaan Kelantan diterajui PAS tidak banyak berusaha untuk menyelesaikan masalah lapuk itu. Ia menyediakan paip untuk menghubungkan bekalan air telaga kepada rumah penduduk, tetapi airnya tidak ditapis.

Selepas banjir besar pada Disember 2014, penduduk Kuala Krai terpaksa bergantung kepada program dua tahun ditaja Maybank Islamic digerakkan oleh Mercy Malaysia untuk membina telaga tiub, tangki air dan empangan.

Penduduk berharap pembinaan sistem graviti air yang mengurangkan kos projek sebanyak 30% di kampung mereka yang terletak jauh di pendalaman dapat mengubah sumber bekalan air bersih.

Akhirnya, selepas bertahun penduduk tidak mendapat air bersih, mereka dapat merayakan Aidilfitri tahun ini tanpa gangguan bekalan. – 20 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen