[VIDEO] Jaafar Taib pengasas Gila Gila


Hasmizar Hassan Heidzir Jamaraji Sumardi Susilo

Kartunis Jaafar Taib bukan hanya dikenali kerana bakatnya dalam seni tetapi juga mencipta nama dalam bidang perniagaan, pencapaian yang sukar dicapai seniman Malaysia.

Beliau menubuhkan dan menerajui Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB), sebuah syarikat penerbitan yang mengumpulkan ramai artis dan karyawan seni berbakat tanah air.

CESB adalah penerbit majalah Gila-Gila, nama besar dalam sejarah majalah komik Malaysia.

Bakat seninya terserlah dalam pelbagai cabang seni lukis, termasuk figura manusia dan haiwan, serta kerja seni yang mengabungkan elemen kebudayaan.

Hasil karyanya jadi koleksi berharga pelbagai pihak daripada syarikat korporat, orang ternama hinggalah dipamerkan dalam istana.

Karyanya juga pernah menghiasi muka depan kalendar tahunan pelbagai syarikat korporat. – 27 Mac, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen