[VIDEO] Miss Amazing Malaysia, pertandingan unik untuk wanita istimewa
DIANJURKAN oleh Amazing Girls Solutions, Miss Amazing Malaysia yang pertama menyediakan platform untuk wanita sindrom down, lupus, scoliosis, vitiligo, autism dan kecacatan lain sebagai sebahagian daripada konteks kecantikan.
Ia berusaha membuktikan kepada dunia bahawa wanita yang berbeza harus diberi peluang lebih besar untuk mencapai impian mereka dan menjalani hidup dengan sepenuhnya.
Sofia Lovi Ramasamy, seorang pegawai bank berusia 39 tahun menghidap psoriasis arthritic dinobatkan sebagai Miss Amazing Malaysia pertama.
Tempat kedua dimenangi Nurhana Md Yusof merupakan pelajar berusia 28 tahun dan model sepenuh masa yang dilahirkan sebagai albinisme manakala Nor Athira Sujino, 24, yang menghidap lupus dinobatkan di tempat ketiga. - 16 Januari, 2019.
Komen