[VIDEO] Perkembangan permainan Pokemon GO


Yvonne Lim Yap Pik Kuan Fikri Ghazali

MASIH ingat pada 2016? Dunia dibanjiri dengan kegilaan Pokemon apabila permainan Pokemon Go mula diminati ramai, sekaligus mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak.

Permainan yang berasaskan peta ini mempunyai watak yang paling disukai ramai daripada siri animasi Pokemon - terutamanya Pikachu. Pemain perlu berjalan di sekitar untuk berdepan Pokemon liar dan memutarkan PokeStops untuk mendapatkan bekalan. Namun permainan ini tidak lagi menarik minat ramai….atau tidak?

Sebenarnya, masih terdapat komuniti Pokemon GO berkembang di Malaysia yang mana kumpulan berkenaan masih aktif di kumpulan Facebook dan WhatsApp.

Seorang pemain Pokemon Go, Avril Chan menjelaskan permainan itu semakin berkembang sejak awal kemunculannya. Beliau mengakui perkembangannya perlahan dalam beberapa bulan pada 2017, namun banyak ciri baharu ditambah. Tarikan terbaru ini menyebabkan ramai yang kembali kepada permainan ini.

Komuniti yang disertai Avril mempuunyai ahli dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat. Mereka bertemu dengan kerap bukan sahaja untuk bermain Pokemon Go, tetapi juga berkongsi mengenai kehidupan masing-masing.

Beliau bertemu golongan profesional seperti doktor, peguam dan pegawai bank yang juga pemain Pokemon GO. Permainan ini juga menarik minat generasi yang lebih tua, dengan peminat berusia 70 tahun, yang membantu mereka terus aktif.

Walaupun terdapat komuniti yang aktif, pemain Pokemon GO cenderung untuk kekalkan hobi ini kepada diri sendiri kerana takut dinilai.

“Mereka terikat kepada stigma takut dimalukan hanya untuk menyukai apa yang kita suka,” kata Avril.

“Kita tidak mahu stigma itu menjadi lebih serius,” kagtanya dan menambah, reaksi yang biasa diterima adalah memintanya untuk menjadi “lebih dewasa”

Bagaimanapun, ia bukanlah penghalang bagi Avril dan beliau kini menjadi sebahagian daripada komuniti yang aktif dengan permainan itu.

Adakah anda juga bermain Pokemon GO? – 20 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen