Pertarungan sengit tapi Malaysia mengharap emas untuk bola sepak


Kamal Ariffin Ravin Palanisamy

SEMUA mata akan bertumpu pada acara kemuncak Sukan SEA perlawanan akhir bola sepak antara negara tuan rumah Malaysia menentang pesaing terdekatnya Thailand.

Perlawanan yang dijangka menarik itu akan berlangsung di Stadium Shah Alam pukul 8.45 malam ini.

Selepas semua 80,000 tiket habis terjual dalam masa yang singkat, peminat bola sepak dijangka akan membanjiri kedai mamak, restoran dan pawagam yang menayangkan siaran langsung perlawanan.

The Malaysian Insight menemubual beberapa peminat tegar bola sepak meninjau peluang Malaysia mengatasi Thailand untuk merebut pingat emas yang disebut-sebut sebagai ibu kepada segala pingat emas yang dipertandingkan dalam Sukan SEA ini. — 29 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen