[VIDEO] Selepas setahun berkubur, bekas peniaga Ampang Park terus bergelut
BEKAS peniaga di Ampang Park masih bertatih mencari tapak baru, setahun selepas diarah keluar dari kompleks beli belah ikonik di Kuala Lumpur itu yang dirobohkan bagi tujuan pembangunan projek transit aliran massa (MRT).
Mereka kini bertebaran menyambung perniagaan dengan menyewa di tempat baru di sekitar Lembah Klang. Ada yang tidak lagi mampu menyewa tapak baru sebaliknya beralih berniaga secara dalam talian.
Namun semuanya hampir senada memberitahu The Malaysian Insight, perniagaan mereka sekarang tidak lagi seperti dulu. – 30 Disember, 2018.
Komen