[VIDEO] Tomoi ‘selamatkan’ anak Felda Teloi Timur, Sik
DI Felda Teloi Timur, Sik di Kedah, Salimi Nayan bimbangkan masa depan orang muda di situ, risau yang mereka akan membazir zaman muda membuang masa terjebak dalam aktiviti tidak bermoral seperti penagihan dadah dan merempit.
Lelaki berusia 44 tahun itu mahu melakukan sesuatu untuk anak muda kampungnya menggunakan pengetahuannya dalam seni pertahanan diri.
Salimi yang berpengetahuan luas dalam silat dan tomoi- yang juga dikenali sebagai Muay Thai- menubuhkan Kelab Muay Thai King Cobra di kampungnya untuk anak muda menghabiskan masa mereka dengan berhemah serta membentuk tabiat hidup yang baik dan sihat. – 25 Disember, 2018.
Komen