[VIDEO] Teater Mona ke Daerah M
TEATER ini mengisahkan Mona, seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun mencari adiknya Hana yang hilang dibawa oleh satu watak kartun bernama Mega.
Mona dengan ditemani satu anak patung bernama Bobby menempuh pelbagai cabaran di Daerah M sebelum akhirnya bertemu Mega.
Watak Mega dipegang pelakon terkenal Amerul Affendi sebagai penampilan istimewa dalam pementasan karya penulis muda Amar Amir ini.
Pementasan merupakan kesinambungan kepada Festival Teater Anak TFTN edisi pertama yang dilangsungkan pada 2014.
Ia diikuti dengan dua pementasan teater Kota Kelip-Kelip pada 2015 dan Disember 2016 di Penang PAC, Pulau Pinang.
Pementasan Mona Ke Daerah M berlangsung di Auditorium Dewan Budaya dan Pustaka bermula hari ini hingga 23 Disember. - 22 Disember, 2018.
Komen