[VIDEO] FootGolf tiba di Malaysia
ADAKAH anda main bola sepak? Main golf? Apa kata main kedua-duanya pada masa yang sama? Ya betul, anda boleh buat begitu dengan FootGolf.
Menggabungkan ketepatan sepak bola dan peraturan golf, FootGolf sudah dimainkan dalam pelbagai bentuk dan keadaan di masa lalu, tetapi hanya pada 2008 ia dilancarkan secara rasmi oleh Michael Jansen dan Bas Korsten, pencipta peraturan asas dan sejagat FootGolf.
Ia bukanlah gabungan dua jenis sukan berbeza semata-mata- FootGolf di seluruh dunia diselia oleh Persekutuan FootGolf Antarabangsa (FIFG), malah sukan ini turut mempunyai Piala Dunia sendiri.
Kini, FootGolf sudah tiba di Malaysia- sepak bola ke dalam lubang sebesar 21 inci dalam jumlah tendangan terendah untuk menang.
Cubanya sendiri di Bukit Jelutong Golf Club, Selangor atau di Pulai Springs Resort di Johor Bahru. – 19 Disember, 2018.
Komen