Burger Negaraku


Yap Pik Kuan Ravin Palanisamy Kamal Ariffin

MAKANAN segera burger mungkin pertama kali diperkenalkan di Malaysia oleh A&W pada 1963, tetapi hanya apabila Ramly mengasaskan perniagaannya pada 1984, barulah lahir burger tempatan.

Sejak itu, makanan yang mudah didapati dari tepi jalan ini jadi antara makanan kegemaran rakyat Malaysia sama seperti nasi lemak.

Dengan persaingan daripada kedai makanan segera dan burger gourmet tempatan, bagaimana gerai burger tepi jalan ini boleh bertahan menangkis serangan burger yang tampil bergaya dengan resipi inovatif seperti burger nasi lemak dan burger kimchi yang berasaskan makanan tradisi Korea?

The Malaysian Insight singgah di tiga gerai burger Ramly untuk mencari jawapannya.—16 Ogos 2017


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen