[VIDEO] Di pantai Pulau Pinang, kucing dan pencintanya temui syurga


Raevathi Supramaniam Yap Pik Kuan

PULAU PINANG yang selama ini terkenal dengan makanan enak dan tapak warisan, kini boleh menambah pantai kucing ke dalam senarai tarikannya.

Terletak di perkampungan nelayan di Teluk Bahang, kira-kira 40 minit perjalanan dari pusat bandar George Town, 300 kucing jalanan yang diselamatkan bebas berkeliaran di kawasan pantai dipantau pencintanya, Teviot Fairservis.

Fairservis, warga Amerika dan bekas guru Bahasa Inggeris menubuhkan Cat Beach Sanctuary apabila diperkenalkan kepada Nana Wan Chik, seorang nelayan tempatan yang berdekad lamanya menjaga kucing jalanan. Mereka bersama-sama mengubahsuai sebuah rumah kayu lama yang kini jadi rumah kucing tersebut.

Kebanyakan kucing dibiarkan bebas berkeliaran di pantai tetapi kucing yang cedera atau sakit diasingkan untuk dirawat sehingga sembuh. Ibu kucing dan anak-anaknya juga diberikan ruang berasingan. Semua kucing itu diselamatkan dari jalanan, melepaskan mereka daripada nasib hidup mati yang tidak menentu.

Sejak tiga tahun lepas, Fairservis menguruskan pusat jagaan menggunakan wang simpanannya serta sumbangan orang ramai.

Beliau mempunyai dua matlamat jangka pendek: program pendidikan kesedaran komuniti dan kerjasama dengan organisasi dan badan korporat untuk kelestarian syurga kucing tepi pantai itu. - 6 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen