TENTERA Venezuela pada Isnin memburu sekumpulan tentera upahan yang melarikan senjata selepas menyerang pangkalan tentera di bandar Valencia.
Kira-kira 20 anggota tentera yang diketuai pegawai yang berpaling tadah dan meninggalkan pasukan tentera beberapa tahun lalu, bertempur selama tiga jam di pangkalan itu, menurut pegawai.
10 daripadanya melarikan senjata daripada stor simpanan di pangkalan itu, menurut salah seorang pegawai yang menjalankan operasi memburu kumpulan terbabit.
Presiden Maduro mendakwa kumpulan “pengganas” itu ada hubungan dengan Colombia dan Amerika Syarikat.
Insiden yang membangkitkan ketakutan dan ketegangan politik serta krisis ekonomi mungkin akan menjadi lebih buruk dengan keganasan yang boleh mencetuskan konflik bersenjata.
Pihak berkuasa menyatakan keadaan kembali normal di bandar itu, namun di media sosial insiden serangan itu masih hangat diperkatakan dengan spekulasi mengatakan ia didalangi bekas tentera Venezuela.
Pasukan keselamatan negara itu dalam satu kenyataan berkata pangkalan itu diserang sekumpulan “penjenayah awam yang memakai pakaian tentera dan seorang pegawai tentera yang dibuang.” – AFP, 7 Ogos, 2017.
Komen