50 cedera akibat taufan Trami di Jepun 


Angin kencang yang dibawa taufan Trami menyebabkan pokok tumbang selepas membadai kepulauan selatan Jepun. – Gambar EPA, 30 September, 2018

TAUFAN kuat yang melanda Jepun pada Ahad kini menuju ke tanah besar negara itu selepas membadai kepulauan selatan menyebabkan lebih 50 rang cedera.

Pihak berkuasa turut menberi amaran taufan berkenaan yang membawa angin kencang dan hujan lebat berkemungkinan akan mencetuskan tanah runtuh dan banjir. 

Taufan Trami itu sudah pun menyebabkan gangguan perjalanan di negara ekonomi ketiga terbesar dunia, dengan perkhidmatan kereta api peluru di barat Jepun dihentikan, lebih 1,000 penerbangan dibatalkan berikutan penutupan lapangan terbang utama dan khidmat kereta api malam turut dihentikan. 

Taufan  itu dijangka akan membadai tanah besar dekat Osaka pada jam 6 petang ini dan merentasi semenanjung Jepun, dan dijangka akan membadai kawasan yang masih dalam pemulihan selepas berdepan cuaca buruk sejak beberapa bulan lalu. 

Trami membadai Okinawa pada Sabtu, membawa hujan angin kencang yang mampu menterbalikkan kenderaan. Beberapa rumah ditenggelami banjir atau mengalami kerosakan dan 40 orang mengalami kecederaan namun tiada kematian dilaporkan.  

Di seluruh negara itu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran berpindah tidak wajib ke atas 349,000 penduduk, manakala 300,000 isi rumah terputus bekalan elektrik, menurut laporan stesen penyiaran NHK.

Ketika taufan itu menuju ke timur, pihak berkuasa kereta api mengambil langkah menghentikan perkhidmatan kereta api malam di Tokyo, yang merupakan anara rangkaian paling sibuk di dunia dan menggesa penumpang mencari perlindungan di dalam bangunan ketika taufan melanda. – AFP, 30 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen