Serena Williams buka baju, menyanyi untuk kempen barah payudara


Dalam video Instagram, Serena Williams menutup payudaranya dengan tangan sambil menyanyikan versi Australia lagu I Touch Myself. – Gambar AFP, 30 September, 2018.

BINTANG tenis terkenal, Serena Williams sekali lagi mencetuskan sensasi di Internet apabila beraksi separuh bogel untuk satu video ketika menyanyikan lagi berjudul “I Touch Myself” bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penyakit barah payudara.

Dalam video Instagram, Williams menutup payudaranya dengan tangan sambil menyanyikan versi Australia lagu kumpulan The Divinyls’ pada 1991 yang popular dalam menyokong kempen Rangkaian Barah Payudara Australia.

“Bagi Bulan Kesedaran Payudara, saya merakamkan versi ‘I Touch Myself’ The Divinyls’ yang popular di seluruh dunia untuk mengingatkan wanita supaya kerap membuat pemeriksaan sendiri.

“Ya, ini di luar zon selesa tetapi saya mahu lakukannya kerana ini isu yang memberi kesan kepada semua wanita tanpa mengira warna kulit, di seluruh dunia.

“Pengesanan awal kuncinya, ia menyelamatkan banyak nyawa,” kata Williams.

Lagu itu ditulis bersama penyanyi Divinyls Australia, Chrissy Amphlett yang meninggal dunia akibat barah payudara lima tahun lalu pada usia 53 tahun.

Video itu ditonton lebih 1.3 juta kali dalam 10 jam pertama selepas disiarkan awal hari ini dengan peminat memuji juara Grand Slam 23 kali itu kerana berani menyanyikan lagu itu. – AFP, 30 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen