Elon Musk letak jawatan pengerusi Tesla


Elon Musk bersetuju meletak jawatan sebagai pengerusi syarikat pembuat kereta elektrik Tesla dan membayar denda AS$20 juta. – Gambar AFP, 30 September, 2018.

ELON Musk bersetuju dengan perjanjian berhubung pertuduhan kes penipuan iaitu beliau akan meletak jawatan sebagai pengerusi syarikat pembuat kereta elektrik Tesla dan membayar denda AS$20 juta, tetapi kekal sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat, menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Perjanjian itu mengurangkan tekanan terhadap Musk, yang berdepan kemungkinan diharamkan daripada berkhidmat sebagai pegawai atau ahli lembaga pengarah syarikat itu susulan pertuduhan berkenaan.

“Perjanjian persetujuan yang tertakluk kepada kelulusan mahkamah itu akan membawa kepada urus tadbir korporat secara komprehensif dan beberapa perumahan di Tesla,” kata Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) dalam satu kenyataan.

SEC mendakwa Musk melakukan penipuan sekuriti, menuduhnya memberi maklumat mengelirukan kepada pelabur ketika beliau menerusi Twitter pada 7 Ogos berkata beliau mempunyai “pembiayaan terjamin” untuk menswastakan syarikat pembuat kereta automatik itu pada nilai AS$420 sesaham.

Ia mencetuskan kenaikan harga saham Tesla, menyebabkan penjual kerugian berjuta dolar.

SEC berkata kenyataan Musk di Twitter itu “palsu dan mengelirukan” dan beliau tidak pernah membincangkan rancangan itu dengan pegawai syarikat.

Musk kemudian berkata beliau menentang rancangan itu. – AFP, 30 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen