Lebih 40 orang terkorban bencana tsunami Palu setakat ini


Anggota pasukan penyelamat Indonesia berusaha mengeluarkan mayat mangsa bencana tsunami di Palu, kepulauan Sulawesi, Indonesia hari ini.– Gambar EPA, 29 September, 2018

GEMPA kuat dan tsunami yang melanda tengah kepulauan Sulawesi di Indonesia mencatatkan lebih 40 angka kematian setakat ini, dan pihak hospital berusaha untuk merawat ratusan mangsa yang cedera akibat bencana itu.

Agensi bencana nasional meletakkan angka kematian seramai 48 orang setakat ini berdasarkan laporan daripada kemudahan perubatan di bandar Palu yang dilanda bencana itu namun ia dijangka akan meningkat.

Bandar yang menempatkan 350,000 penduduk mengalami kerosakan teruk selepas ombak tsunami berketinggian 1.5 meter membadai bandar itu semalam.

Hospital dibanjiri ratusan angsa yang cedera, kebanyakannya terpaksa dirawat di kawasan lapang luar hospital manakala penduduk lain membantu mengeuarkan mangsa yang sudah meninggal dunia daripada timbunan runtuhan.

Salah seorang lelaki dilihat membawa mayat kanak-kanak yang dipenuhi lumpur.

Tsunami berkenaan tercetus selepas gempa kuat yang menyebabkan bangunan runtuh dan penduduk tempatan melarikan diri ke kawasan tinggi ketika ombak besar melanda Palu.

Agensi bencana Indonesia berjata sekurang-kuragnya 48 orang terbunuh di Palu, manakala 356 orang dilaporkan cedera.

Video yang dirakam dari bumbung sebuah bangunan di Palu yang terletak 80 kilometer dari pusat gempa menunjukkan ombak meruntuhkan beberapa bangunan dan merosakkan sebuah masjid besar.

“Saya hanya lari selepas melihat ombak menghempas ke rumah di kawasan pesisir pantai,” kata salah seorang penduduk Palu, Rusidanto.

Gempa berukuran 7.5 magnitud itu lebih kiat berbanding siri gempa yang membunuh ratsan orang di kepulauan Lombok, Indonesia pada Julai dan Ogos lalu.

Sementara itu, presiden Indonesia Joko Widodo berkata, pasukan tentera dikerahkan ke wilayah terjejas untuk membantu pasukan penyelamat pergi kepada mangsa dan mencari mayat.  – AFP, 29 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen