SYARIKAT Boeing memenangi kontrak baharu bagi projek pembuatan jet pelatih Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$9.2 bilion.
Menurut kenyataan dikeluarkan Boeing, di bawah perjanjian itu 351 pesawat latihan akan dikeluarkan termasuk 46 simulator dan peralatan asas yang berkaitan.
“Sistem latihan baharu yang canggih akan membantu melatih juruterbang pejuang dan pesawat pengebom,” kata Boeing lapor agensi berita Xinhua.
Boeing akan bekerjasama dengan syarikat aeroangkasa dan syarikat pertahanan Sweden, Saab Group sebagai rakan perkongsian.
Saab dalam satu kenyataan pada Khamis mengatakan, untuk peringkat awal sejumlah AS$813 juta yang diterima Boeing digunakan membiayai pembangunan kejuruteraan dan pembuatan lima pesawat serta tujuh simulator.
Projek itu bakal mewujudkan lebih 17,000 peluang pekerjaan di 34 negeri.
Ia kontrak ketiga diperolehi Boeing dari Angkatan Tentera Udara AS selepas mengetepikan Lockheed Martin Corp. yang berjaya mendapatkan projek mengeluarkan jet pejuang F-35 pada 2001. – Bernama, 28 September, 2018.
Komen