Rangkaian kedai kopi India tukar nama selepas disaman Starbucks


Starbucks yang memasuki pasaran India pada 2012 dan kini mempunyai 125 cawangan, memulakan prosiding mahkamah pada Julai terhadap "SardarBuksh" yang mempunyai 25 cawangan di New Delhi. – Gambar AFP, 28 September, 2018.

SEBUAH rangkaian kedai kopi di India bersetuju untuk menukar nama yang hampir serupa dengan Starbucks selepas disaman syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) itu.

Starbucks yang memasuki pasaran India pada 2012 dan kini mempunyai 125 cawangan, memulakan prosiding mahkamah pada Julai terhadap “SardarBuksh” yang mempunyai 25 cawangan di New Delhi.

“Nama kami berbunyi seperti Starbucks, sebab itu mahkamah (pada Khamis) membuat keputusan memihak kepada mereka,” kata pengasas bersama SardarBuksh, Sanmeet Singh Kalra.

Syarikatnya bersetuju untuk menukar nama kepada “Sardarji-Bakhsh” dalam tempoh dua bulan.

Bagaimanapun, Kalra berkata logo syarikatnya sama seperti logo Starbucks iaitu bulatan hitam-hijau dengan imej duyung di bahagian tengah - sedangkan logo SardarBuksh ialah lelaki memakai serban - tidak akan diubah.

Seorang jururunding jenama, Harish Bijoor, berkata syarikat-syarikat di India sering menggunakan nama yang sama dengan jenama terkenal di dunia. 

Pada 2015, Burger King dilaporkan memfailkan saman terhadap syarikat di utara Ludhiana kerana menggunakan nama “Mr Singh Burger King”. – AFP, 28 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen