AMNESTY International hari ini menuduh pihak berkuasa Bahrain “cuai” kerana tidak memberi rawatan perubatan kepada bantuan kepada banduan-banduan yang menghidap barah, sklerosis berbilang dan anaemia.
Menurut Amnesty, ahli keluarga 11 banduan mendakwa bersama bukti bahawa pihak penjara Bahrain cuai dan lewat dalam penjagaan kesihatan.
Banduan yang menghadapi sakit serius seperti barah dan sklerosis berbilang sering tidak dibenarkan mendapat rawatan dari pakar dan bekalan ubat, kata Amnesty.
Terdapat satu kes teruk di mana seorang lelaki yang menghidap barah tahap 3 dihantar semula ke penjara beberapa hari selepas menjalani biopsi - orang yang sama baru-baru ini menunggu lebih sebulan untuk dirawat. – AFP, 28 September, 2018.
Komen