RIBUAN pendatang yang berlindung di kem-kem penuh sesak di kepulauan Greece sedang bertahan dengan musim sejuk dalam situasi sedia ada yang telah mendorong sebahagian mereka untuk melakukan cubaan bunuh diri.
Malah mereka yang dalam senarai untuk dipindahkan ke tanah besar selepas NGO mendedahkan keadaan miskin berharap ia dapat dilaksanakan sebelum musim hujan mengubah keadaan kem dipenuhi lumpur.
“Mengapa Greek tidak melakukan apa-apa apabila mereka mendapat banyak wang kerana menjaga kami?” soal Jamal, 53, di kem Moria di Pulau Lesbos, yang terbesar di Greece.
Pertanyaannya itu mengulangi kekecewaan mereka yang terkandas di kem tersebut kerana ketidakmampuan kerajaan memberikan kemudahan paling asas.
Jamal dari Somalia, tiba tiga minggu lalu bersama anak perempuannya berusia 21 tahun, yang buta dan menderita migrain hemiplegic.
Beliau mungkin antara beberapa yang bernasib baik, kira-kira 2,000 orang yang mendapat manfaat daripada perpindahan segera ke tanah besar.
Awal bulan ini, Doctors Without Borders (MSF) melaporkan banyak kes percubaan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri di kalangan mereka yang terkandas di kem, termasuk kanak-kanak.
Pekerja di kem tersebut mengancam melakukan mogok sebagai bantahan berhubung respons kerajaan yang menyedari keadaan sesak di situ.
Walaupun selepas perjanjian 2016 di antara Turki dan Kesatuan Eropah, para pendatang masih tiba.
Walaupun pulau Lesbos dan Samos, yang menempatkan kem pendatang terbesar di Greece, mereka berada di luar pantai Turki, sebelah timur Aegean.
Ia mempunyai lebih 20,000 pelarian dan pendatang - 8,000 di Moria sahaja, yang hanya dibina untuk menampung 3,000 orang. – AFP, 28 September, 2018.
Komen