FACEBOOK pada Khamis mengesahkan pengiklan memperoleh menerima nombor telefon yang diberikan oleh ahli rangkaian sosial bagi peningkatan tahap keselamatan.
Kajian dilakukan dua universiti di Amerika Syarikat (AS), yang pertama kali dilaporkan oleh laman web berita Gizmodo, mendapati nombor telefon yang diberikan kepada Facebook sebagai pengesahan turut digunakan untuk menyasarkan pengiklanan.
Pengesahan itu bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan dengan memerlukan langkah kedua, seperti memasukkan kod yang dihantar melalui mesej teks, serta kata laluan untuk masuk ke akaun.
Nombor telefon itu ditambahkan ke dalam profil, bagi tujuan keselamatan, atau untuk khidmat mesej diberi kepada bakal pengiklan, menurut kajian itu.
Hasil kajian mengatakan keadaan itu boleh terjadi walaupun pengguna membuat ketetapan paling privasi bagi maklumat peribadi mereka.
Kajian itu meneliti cara pengiklan mendapatkan maklumat identiti peribadi (PII) daripada Facebook atau perkhidmatan WhatsApp serta Messenger .
Senarai kenalan yang dimuat naik ke platform Facebook boleh diperoleh sebagai maklumat peribadi, yang bermaksud seseorang itu secara tidak sengaja boleh membantu pengiklan menyasarkan kawan mereka.
“Paling membimbangkan, kami mendapati nombor telefon yang dimuat naik sebagai sebahagian daripada penyelarasan kenalan - yang tidak pernah dimiliki oleh pengguna dan tidak pernah disenaraikan dalam akaun mereka - sebenarnya digunakan untuk membolehkan pengiklanan berasaskan PII,” kata penyelidik dalam kajian itu.
“Kami menggunakan maklumat yang disediakan oleh orang ramai untuk menawarkan pengalaman privasi lebih baik di Facebook, termasuk iklan,” kata jurucakap itu sebagai respons terhadap pertanyaan AFP mengenai penemuan kajian itu.
“Kami tegas mengenai bagaimana menggunakan maklumat yang dikumpul, termasuk maklumat hubungan yang dimuat naik atau ditambah oleh pengguna kepada akaun mereka sendiri.”
Facebook berdepan krisis yang paling teruk dalam sejarahnya, dikecam kerana tidak bersungguh-sungguh menjaga maklumat yang dikongsi pengguna.
Ia yang berpusat di Silicon Valley menghadapi pengawasan global yang ketat terhadap penerimaan data peribadi oleh Cambridge Analytica, sebuah syarikat konsultan politik British yang bekerja untuk kempen pilihan raya Donald Trump pada 2016.
Syarikat itu mengakui hampir 87 juta pengguna mungkin bocor dalam skandal itu. – AFP, 28 September, 2018.
Komen