VIETNAM dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung penempatan sebuah hospital medan negara itu di Sudah Selatan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
MoU itu ditandatangani Duta Dang Dinh Quy, Ketua Delegasi Tetap Vietnam ke PBB, dan Setiausaha Kedua Am bagi Bantuan Lapangan, Atul Khare, di ibu pejabat badan dunia itu di New York pada Rabu.
Ia membuktikan kerjasama kedua-dua pihak dalam mengekalkan keamanan.
Bercakap pada upacara menandatangani perjanjian itu, Khare melahirkan keyakinannya bahawa Vietnam akan menempatkan sebuah hospital berkualiti tinggi yang secara efektif boleh menyumbang kepada aktiviti-aktiviti pengaman PBB dan harapan beliau untuk lebih banyak sumbangan dari Vietnam kepada misi penting ini.
Ini adalah kali pertama Vietnam menghantar doktor tentera untuk menyertai angkatan pengaman PBB.
Majlis penghantaran akan dianjur pada 1 Oktober di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di Bandaraya Ho Chi Minh.
Sejumlah 63 doktor tentera khususnya, kebanyakan dari Hospital Tentera 175, yang akan melakukan perjalanan ke Sudan Selatan bersama peralatan perubatan, untuk mengambil alih hospital medan kendalian United Kingdom, yang kakitangannya bakal berundur. – Bernama, 27 September, 2018.
Komen