Tiada lagi bahan tiruan dalam burger McDonald's


Perubahan itu akan dilaksanakan di kesemua 14,000 restorann McDonald's di Amerika Syarikat. – Gambar EPA, 27 September, 2018.

McDONALD’S Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan burger ikoniknya, termasuk “Big Mac” dan “Quarter Pounder with Cheese” tidak lagi mengandungi bahan pengawet, perisa tiruan atau pewarna tambahan dari sumber tiruan.

Syarikat makanan segera gergasi AS itu berkata, hanya jeruk keluarannya yang masih mengandungi pengawet tiruan dan pelanggan boleh memilih untuk tidak mengambilnya.

Perubahan itu akan dilaksanakan di kesemua 14,000 restorannya di AS, menurut kenyataan syarikat.

Ini merupakan percubaan terbesar buat McDonald’s untuk menarik atau mengekalkan pelanggan yang mengambil berat mengenai diet pemakanan mereka. – AFP, 27 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen