India sedia eksport 100 tan beras ke China


Menurut sumber, sebanyak 19 kilang dan unit pemprosesan berdaftar ditugaskan bagi menghasilkan beras untuk tujuan eksport ke China. – Gambar EPA, 27 September, 2018.

STOK pertama beras India seberat 100 tan sedia untuk dieksport ke China, demikian menurut sumber rasmi Kementerian Perdagangan di New Delhi pada Khamis.

Menurut agensi berita Xinhua, bekalan itu akan dihantar pada Jumaat dari Nagpur, sebuah bandar di barat daya Maharashtra.

Ia akan dihantar kepada sebuah syarikat bijirin, minyak dan makanan China.

Menurut sumber, sebanyak 19 kilang dan unit pemprosesan berdaftar ditugaskan bagi menghasilkan beras untuk tujuan eksport ke China.

Perjanjian mengeksport beras itu ditandatangani kedua-dua negara pada Jun. – Bernama, 27 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen