NGO mahu Sarawak henti bincang perjanjian minyak, gas dengan Petronas


Desmond Davidson

Presiden Sapa Lina Soo mempersoalkan keperluan perbincangan bersama Petronas mengenai hak-hak negeri Sarawak.– Gambar The Malaysian Insight, 27 September, 2018.

KERAJAAN negeri Sarawak harus menghentikan perbincangan yang berjalan antara syarikat minyak Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dan Petronas mengenai perjanjian minyak dan gas yang baru.

NGO hak-hak negeri, Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak(Sapa) berkata kerajaan negeri harus tegas mengenai hak-hak negeri terhadap minyak dan gas yang wujud di negeri itu.

Presiden Sapa Lina Soo mempersoalkan keperluan perbincangan bersama Petronas mengenai hak-hak negeri itu “sedangkan Petronas yang harus mendapatkan kelulusan Petros bagi supaya ia sejajar dengan Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak (OMO).

“Petros berperanan sebagai pengurus, mentadbir aktiviti perlombongan dan memberi arahan penmyusunan teknikal dan kewangan bagi Petronas, bukannya berunding dengan Petronas yang boleh menyebabkan hak-hak kedaulatan Sarawak dan wilayahnya dikompromi,” kata Soo.

Kerajaan negeri yang menguatkuasakan OMO baru-baru ini telah memberikan tempoh kepada Petronas sehingga hujung tahun hadapan untuk mencadangkan perjanjian yang “sesuai” mengenai perkongsian hasil minyak dan gas dengan kerajaan negeri.

Namun Soo mengatakan kelewatan sehari bermakna kerugian untuk ekonomi Sarawak.

NGO itu sebelum ini diumumkan pengharamannya oleh kerajaan pada tahun 2014, telah memberi tekanan kepada kerajaan negeri untuk tidak tunduk dengan pentadbiran Putrajaya mengenai sumber-sumber “yang dikurniakan tuhan” kepada mereka.

Sabtu lalu, Soo mengetuai 50 ahli NGO dalam sebuah perhimpunan “protes petroleum” di Bandar Miri menggesa syarikat nasional itu mengikut ordinan yang telah termeterai sebelum ini dan undang-undang lain.

Beliau turut menyerahkan memo mengandungi 5 gesaan kepada Petronas di ibu pejabat syarikat itu di Lutong.

Ia termasuk Petros  harus mengambil alih penguasaan MLNG Satu Liquefied Natural Gas yang beroperasi di bawah syarikat Shell di Bintulu apabila kontraknya selesai pada tahun 2020.

Petronas beroperasi di negeri itu sejak 1974 apabila undang-undang persekutuan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dikuatkuasakan. Ia memberi hak ekslusif kepada syarikat itu untuk meneroka dan mengeksploitasi petroleum di darat dan kawasan laut negeri itu.

Namun, pada 2014. Belas Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem mendapati Ordinan Perlombongan Minyak 1958 masih berkuatkuasa dan tidak pernah bertindan dengan undang-undang lain termasuk PDA.

Pada tahun lalu, Sarawak turut mengumumkan PDA sebagai akta yang tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan lagi.– 27 September, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen