UTTAR Pradesh wilayah paling ramai penduduk di India dengan jumlah 220 juta penduduk mengumumkan larangan penggunaan cawan plastic dan politena.
Larangan itu pernah dikuatkuasakan sebelum ini pada 15 Julai, dan ini kali ketiga pengumuman itu dilakukan.
Perdana Menteri Narendra Modi berikrar untuk menjadikan India sebuah negara bebas plastik pada tahun 2022. Majoriti daripada 29 buah negeri melaksanakan separuh larangan itu.
Bagaimanapun, undang-undang baru itu sukar dikuatkuasakan. Uttar Pradesh dalam dua cubaan melarangnya sejak 2015 telah gagal ekoran pihak berkuasa tempatan enggan melaksanakannya walaupun telah diarahkan mahkamah.
“Kami ambil keputusan untuk pelaksanaan menyeluruh larangan plastik dalam negeri ini bermula 15 Julai lalu,” kata Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath dalam satu ciapan twitter.
“Saya gesa semua orang untuk berhenti menggunakan cawan plastik dan politena selepas 15 Julai lalu. Saya harapkan sokongan anda untuk usaha larangan ini Berjaya.” Katanya.
Perincian larangan itu bagaimanapun belum diumumkan.
India menyaksikan pencemaran plastik sebagai penyebab utama pencemaran sungai di Uttar Pradesh dan kawasan bandar. Sisa beg plastik dan botol memenuhi kawasan-kawasan itu.
Kerajaan India mengumumkan kawasan Taj Mahal yang terletak di wilayah itu sebagai kawasan bebas plastik.– AFP, 27 September, 2018.
Komen