Zina bukan lagi jenayah di India


MAHKAMAH tinggi India pada hari Khamis memutuskan seks luar nikah (zina) sebagai bukan kesalahan jenayah.

Mahkamah mengumumkan undang-undang kolonial yang menghukum kesalahan itu dengan penjara sebagai tidak selari dengan perlembagaan dan satu diskriminasi terhadap wanita.

Undang-undang lebih seratus tahun itu memperincikan seorang lelaki yang meniduri wanita yang mempunyai suami tanpa kebenaran suaminya adalah satu perbuatan zina, ia jenayah yang jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhi hukuman lima tahun penjara.

“Menganggap zina sebagai satu jenayah adalah satu langkah mundur,”  umum lima hakim mahkamah tinggi.

Kaum wanita tidak boleh memfail aduan di bawah undang-undang lama itu dan membuatkan kesalahan zina dibebankan ke atas diri mereka sahaja, menjadikan ia sebagai satu kelebihan kepada kaum lelaki.

Mahkamah itu mengatakan undang-undang tersebut merendahkan kaum wanita dan pilihan peribadi seseorang, dan meletakkan mereka seolah-olah barangan milik lelaki.

Ia juga mengatakan perbuatan zina, walaupun sah menjadi sebab penceraian, ia harus dilihat sebagai satu perkara peribadi.

Mahkamah menjadikan kesalahan itu sebagai jenayah pada tahun 1954, dengan alasan “kebiasaannya hanya lelaki yang menjadi penggoda bukannya perempuan”.

Satu petisyen dilancarkan pada awal tahun ini untuk mencabar undang-undang itu, menyatakan ia satu diskriminasi.– AFP, 27 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen