PBB bukan ketawakan saya, kata Trump


Presiden Donald Trump tergelak ketika berucap di perhimpunan agung PBB di New York pada Selasa. – Gambar EPA, 27 September, 2018.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bukan ketawakannya ketika beliau berlagak tentang kejayaan kerajaannya ketika berucap di hadapan diplomat dunia.

Katanya, mereka hanya “bergembira”.

“Kami bergembira,” katanya kepada wartawan di New York semalam.

“Mereka bukan ketawakan saya, mereka ketawa bersama saya. Orang bergembira dengan saya.”

Insiden itu berlaku ketika ucapan Trump pada Perhimpunan Agung tahunan PBB.

Trump dilihat seperti melancarkan ucapan kempen menjelang pemilihan kongres pada November, bercakap tentang bagaimana dalam dua tahun pentadbirannya mencapai lebih kejayaan berbanding mana-mana pentadbiran pun di negara itu.

Perwakilan dunia yang berhimpun di PBB ketika itu mula tertawa.

Trump kemudian mencelah dan menekankan, “Ia benar”, dan kemudian gelak tawa semakin jelas.

Trump tersenyum dan berkata:”Saya tidak menjangkakan reaksi itu, tetapi tidak mengapa.” – AFP, 27 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen