Sindiket seludup pendatang Libya tumpas di tangan Itali


Polis Itali mengatakan dalang sindiket seludup manusia itu adalah ahli perniagaan warga Bangladesh.– Gambar EPA, 26 September, 2018.

POLIS Itali berjaya menumpaskan sekumpulan anggota sindiket menyeludup masuk pendatang dari Libya ke Itali, lapor agensi berita ANSA.

Menurut polis dalang di sebalik sindiket itu ialah seorang ahli perniagaan Bangladesh yang mengenakan bayaran sebanyak 6,000 euro kepada setiap pendatang.

Sindiket itu turut menjanjikan pemberian permit untuk membolehkan mereka masuk ke Liguria.

Pendatang kemudian dipaksa bekerja di syarikat milik ahli perniagaan tersebut dan perlu membayar untuk kemudahan tempat tinggal.– Bernama, 26 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen