Harimau Sumatra yang jarang dilihat ditemui mati 


Bilangan Harimau Sumatra kurang daripada 400 ekor di kawasan liar dan aktivis alam sekitar mengatakan haiwan itu sering mempunyai konflik dengan manusia.– Gambar AFP, 26 September, 2018.

HARIMAU Sumatra yang diancam kepupusan hari ini ditemui mati di dalam perangkap pemburu di Sumatera, kata seorang pegawai rasmi hari ini.

Penduduk tempatan memberitahu agensi perlindungan bahawa harimau betina Sumatra itu dilihat pada Selasa lalu terperangkap dalam perangkap babi yang dipasang pemburu di Kampung Muara Lembu, Riau.

Para pegawai perlindungan melawat lokasi berkenaan sebaik menerima laporan, namun harimau tersebut telah hilang dari perangkap tersebut.

Keesokan hari, para pegawai membuat tinjauan kawasan dan mendapati harimau itu mati berdekatan curam, dengan tali dari perangkap sebelumnya masih menutup perut haiwan itu.

Mereka percaya tali tersebut adalah punca kematian haiwan itu.

Ketua agensi perlindungan tempatan Suharyono berkata kematian harimau itu sangat dikesali kerana ia adalah harimau betina dewasa yang bunting. 

Harimau Sumatra dianggap sebagai haiwan terancam oleh Kesatuan Antarabangsa Perlindungan Alam Semulajadi (IUCN)

Setakat ini, bilangan haiwan itu kurang daripada 400 ekor di kawasan liar dan aktivis alam sekitar mengatakan haiwan itu sering mempunyai konflik dengan penduduk kerana habitat semulajadinya terus ditebang untuk dimajukan. – AFP, 26 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen