Pemimpin daripada keluarga samseng Thai, dilantik datuk bandar Pattaya


Memiliki beberapa pantai, di samping hotel yang dimiliki kongsi gelap dan kehidupan malam yang liar, Pattaya adalah hab pelancongan yang terkenal dan pusat terbesar industri seks Thailand.– Gambar AFP, 26 September, 2018.

PEMIMPIN junta Thailand melantik kerabat keluarga politik yang terkenal di dunia jenayah untuk menguruskan ‘bandar maksiat’ Pattaya, ketika beliau merayu sekutu-sekutunya kempen pilihanraya tahun hadapan.

Memiliki beberapa pantai, di samping hotel yang dimiliki kongsi gelap dan kehidupan malam yang liar, Pattaya adalah hab pelancongan yang terkenal dan pusat terbesar industri seks Thailand.

Prayut Chan-O-Cha, yang memimpin junta pemerintah kerajaan sekarang, melantik Sonthaya Khunpluem menggantikan datuk bandar sekarang bagi jawatan berpengaruh itu, pengumuman itu dibuat dalam akhbar Royal Gazette hari ini.

Pattaya juga menjadi pusat pentadbiran Koridor Ekonomi Timur (EEC), projek pelaburan terbesar negara itu.

“Bandar Pattaya memerlukan seorang yang mempunyai potensi, pengalaman dan kompeten bagi pentadbiran yang menjamin manfaat dan menyokong aktiviti EEC,” kata kenyataan itu.

Sonthaya adalah pemimpin utama parti politik bebas di Chonburi- salah satu negeri yang dinaungi EEC.

Keluarga Khunpluems diketuai seorang kepala keluarga Somchai, yang digelar sebagai “Ketua Samseng Timur”, beliau yang tidak selalu kelihatan di mata umum adalah seorang usahawan yang memiliki hartanah yang banyak dan menguasai projek pembinaan di Thailand.

Beliau pernah dipenjarakan pada 2013 kerana membunuh dan tuduhan rasuah selepas satu dekad melarikan diri, beliau dibebaskan tahun lalu oleh kerajaan Prayut kerana alasan kesihatan.

Pelantikan Khunpluem sebagai datuk bandar Pattaya menyaksikan seakan-akan ada “perjanjian” antara kumpulan itu dan junta, menurut Paul Chambers, pakar politik Thailand di Universiti Naresuan.

“Ia akan memberi junta yang berkuasa ketika ini “kuasa politik dan ekonomi di timur Thailand” bagi menggantikan sokongan politik pada pilihanraya akan datang, kata Chambers.

Kebelakangan ini, kerajaan junta mengendurkan beberapa larangan aktiviti politik selepas mendiamkan debat mengenai kudeta tentera di negara itu.– AFP, 26 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen