Bahrain, sebuah Negara Sunni di wilayah Teluk Arab menangkap 15 rakyatnya kerana didakwa cuba mencetuskan “huru hara” semasa perayaan kumpulan Syiah yang berlangusng Khamis lalu, kata polis.
Polis menahan “15 orang yang menjalankan aktiviti salahlaku yang menyebabkan huru hara” ketika sepuluh hari Asyura dengan dana yang dipercayai dari Iran, kata sebuah kenyataan pada hari Selasa.
Bagaimanapun, ia tidak memberikan perincian tuduhan salahlaku yang dilakukan smasa perayaan peringatan pembunuhan Imam Hussein, cucu Nabi Muhammad. Ia adalah peristiwa yang menyaksikan terpecahnya dua mazhab dalam akidah orang Islam.
Polis mengumumkan beberapa nama dan gambar 15 tahanan itu yang masih muda.
Kenyataan itu juga mendakwa tertuduh menerima dana daripada Syiah Iran melalui orang buangan Bahrain di sana.
“Siasatan menunjukkan Pasukan Pertahanan Revolusi Iran mendanai operasi melalui beberapa orang pengganas yang melarikan diri di Iran, terutamanya ahli kumpulan 14 Februari,” katanya.
Permuafakatan 14 Februari yang diketuai Syiah telah mengadakan protes besar-besaran pada tahun 2011 menggesa sebuah kerajaan melalui pilihanraya dan menghentikan penguasaan minority Sunni dari keluarga Al-Khalifa.
Mereka digempur sebulan kemudian, menyaksikan dua kumpulan pembangkang utama Bahrain diharamkan dan pimpinannya dipenjarakan di samping dibuang negara.– AFP, 26 September, 2018.
Komen