LEBIH sedozen militan termasuk anggota keselamatan terkorban dalam pertempuran di daerah Faizabad di utara wilayah Jawzjan Afghanistan, pada Selasa.
Ketua polis wilayah itu Abdul Hafiz Khashi berkata, pertempuran meletus pada malam Selasa selepas pasukan militia pro-kerajaan menyerang kedudukan Taliban, di kawasan Haider Abad di wilayah Faizabad.
Menurut agensi berita Xinhua, beliau turut mengesahkan hanya seorang anggota militia pro-kerajaan yang terbunuh dan enam lagi cedera.
Pasukan keselamatan akan terus menjejaki militan Taliban bagi memastikan keselamatan di daerah Faizabad dan kawasan sekitarnya terjamin, kata pegawai itu.– Bernama, 26 September, 2018.
Komen